Penggunaan gambar Loot Ting Yee Tanpa Izin Oleh “The Sun”

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=28688

 

Gambar Loot Ting Yee yang digunakan tanpa pengakuan

Gambar Loot Ting Yee yang digunakan "The Sun" tanpa izin atau notis pengakuan

Walaupun sudah lama saya tidak mengerjakan blog ini, tetapi gambar Loot Ting Yee (yang terlibat dalam skandal seks baru-baru ini) yang tertera di dalam petikan bertajuk “Chinese educationist quits in the face of sexual harassment claims” dalam suratkhabar “The Sun” jelas diambil daripada blog saya ini.  Lihat di sini.

Cuma masalahnya, gambar tersebut telah diambil tanpa izin dan tanda sebarang notis pengakuan.    Wahai Kong See Hoh dan sidang pengarang “The Sun”: Tanya dulu sebelum ambil, boleh tak?

Kalau segan nak tanya penulis blog yang “tiada kredibiliti”, pautan kembali kepada laman web ini pun cukuplah.

Jangan kata sebab tiada polisi penggunaan gambar, maka diambil begitu sahaja.  Penggunaan gambar ada kod etikanya sendiri.  Tanyalah jurugambar akhbar kau sendiri.

Kenyataan KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru

Saudara Faisal Mustaffa yang merangkap jawatan Setiausaha PKR Bahagian Kelana Jaya telah membuat pendedahan mengenai harta dua menteri baru iaitu Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Datuk Mohd Zin bin Mohamed dalam satu temubual dengan akhbar atas talian Malaysiakini baru-baru ini. (Baca artikel penuh di sini. )

Perkara yang menarik perhatian saya ialah apa yang dikatakan di dalam artikel itu mengenai harta yang dimiliki Zin dan/atau isteri-isterinya seperti berikut:

a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi

Persoalannya, bagaimanakah Zin dengan gaji beliau sebagai seorang Menteri dapat mengumpul harta-harta mewah di atas?

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu tahu apakah pendapatan bulanaan seorang Menteri penuh?

Menurut blogger Alalalan, jumlah pendapatan bulanan seorang menteri penuh ialah RM55,650.00 “… yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja….” (penekanan saya) tidak termasuk kemudahan-kemudahan yang lain.

Menurut blogger yang sama, pecahan pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Soalan saya ialah apakah kesahihan nombor-nombor di atas yang dikatakan adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999? Adakah nombor-nombor ini diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai?

Carian saya telah membawa saya ke laman web ini yang menyatakan bahawa dia memetik satu penerbitan di laman web TranungKite di mana sumber ataupun pemberi maklumat mendakwa dirinya seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sekiranya ini kredibel dan boleh dipercayai (pada pendapat saya memang sukar untuk dipastikan identiti dan kredibiliti) maka tidak perlu terfikir panjang lagi jawapan kepada soalan paling awal di atas melainkan …