Projek di Desa Mentari ada blog sendiri!

Usaha projek tuisyen di Desa Menteri yang dinaungi ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi sekarang mempunyai blognya yang sendiri.

Sila layari laman web Mentari Project untuk mengikuti perkembangan semasa.

Advertisements

Rayuan Bantuan Sukarelawan Untuk Projek Tuisyen Desa Mentari

ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi telah menerbitkan satu rayuan agar lebih ramai para sukarelawan lagi menyertai projek tuisyen di Desa Mentari.

Dalam kata-kata beliau (terjemahan dari Bahasa Inggeris):

Projek Tuisyen Sukarela Desa Mentari yang dilancarkan tahun ini masih diteruskan walaupun keghairahan pilihanraya telah berlalu. Sebenarnya, saya sempat melawat projek tersebut sejurus selepas pilihanraya dan pada hampir setiap minggu seterusnya untuk menjenguk perkembangan pelajar-pelajar di sana.

Untuk itu, saya perlu mengucapkan terima kasih kepada koordinator dan para sukarelawan yang sedang berkhidmat dengan sempurna. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang telah menyumbang kepada projek ini. Ketika ini, kita mempunyai kira-kira 30 pelajar dari darjah 4-6 dengan fokus khas kepada matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Akan tetapi kita masih memerlukan lebih ramai sukarelawan lagi untuk memastikan projek ini dapat diteruskan dengan pelan jangka panjang untuk mengembangkan projek tuisyen ini ke seluruh Seri Setia untuk pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Apa yang kita perlukan daripada anda ialah masa anda selama 3 jam setiap hujung minggu. 3 jam itu akan membuat satu perubahan yang besar kepada hidup pelajar-pelajar ini.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai projek ini, sila hantarkan emel kepada saya di alamat niknazmi@niknazmi.com

Ingin membuat perubahan? Sahutlah rayuan ADUN kita!