Tentang Saya

Saya daripada keturunan Adam, hanya manusia fana. Di sebalik kulit luar saya, darah merah mengalir sama seperti anda juga.

Saya seorang warganegara Malaysia dan percaya kepada Tuhan tetapi seringkali tertanya, adakah mereka yang mendakwa diri mereka orang yang kuat agama percaya sepenuh hati mereka dengan menuruti segala perintah Tuhan dan menegakkan keadilan?

Saya setia kepada Raja & Negara tetapi seringkali tertanya, adakah orang yang memerintah negara ini (parti-parti politik yang memerintah; Raja hanya raja berperlembagaan saja) setia kepada mandat yang diberikan kepada mereka semasa pilihanraya?

Saya akui keluhuran perlembagaan, tetapi adakah ianya perlu dipinda sebanyak 42 kali setelah 48 tahun ia digubah? Mari kita bandingkan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat  yang hanya dipinda sebanyak 27 kali sahaja  setelah digubah pada tahun 1727!

Saya akur kepada kedaulatan undang-undang, tetapi adakah orang lain terutamanya mereka yang berkuasa turut akur juga?

Saya percaya manusia yang beradab itu perlu mengendalikan diri dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Tetapi adakah kita terutamanya yang berkuasa melayani satu sama lain dengan sopan dan susila?

Pertimbangan cermat atas jawapan-jawapan kepada soalan-soalan retorika di atas mendesak saya pada masa kini untuk mendukung visi Parti Keadilan Rakyat yang bertujuan:

  1. Mewujudkan Satu Negara Madani” untuk menjamin keadilan untuk semua rakyat.
  2. Melaksanakan “Agenda Ekonomi Malaysia” yang bersifat inklusif bagi menjamin keadilan sosial untuk semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur.
  3. Menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan “Badan Pencegahan Jenayah” yang lebih berkesan yang bebas dari pengaruh politik dan rasuah.
  4. “Mengurangkan Beban Hidup” rakyat dengan antaranya menurunkan harga minyak, tol dan lain serta memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM1,500.
  5. “Mencipta Harapan Baru” dengan antaranya, menjamin pendidikan percuma.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: