Obsesi Masyarakat Malaysia terhadap salahlaku seksual

Sejak skandal Loot Ting Yee tercetus, maka “hits” ke blog ini telah meningkat; ramai yang telah datang melawat hasil pencarian enjin pencari internet.   Kes yang terbongkar 3 hari lalu, masih hangat dicari-cari di laman web.

Adakah terdapat obsesi di kalangan masyarakat malaysia mengenai salahlaku seksual?  Nampaknya ya dan lebih jauh impaknya berbanding dengan perihal akhbar “The Sun” mencuri gambar Loot Ting Yee daripada blog ini.

Perkara yang lebih penting ialah, adakah masyarakat malaysia obsesi mengenai usaha menentang kegiatan korupsi yang menular dan merugikan ekonomi negara?

Maka saya terkenang kisah Chua Soi Lek, Naib Presiden MCA yang menunjukkan bahawa usia itu bukan penghalang kepada usahanya menjadi pahlawan atas katil.  Tidak perlu ubat biru berbentuk berlian sebagai ubat kuat lelaki.   Sebagaimana alat sulitnya menegak, begitu juga bintangnya kembali menyinar apabila berjaya menggondol jawatan Naib Presiden MCA setelah terpaksa melepaskan jawatan ketika kes zinanya terbongkar.

Namanya kini kembali; kononnya ada golongan dalam MCA yang mahu beliau mencontohi Loot Ting Yee dan melepaskan jawatannya sekali lagi.

Apabila kita kembali ke beberapa bulan lalu semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, timbul pula kes kononnya DSAI, ketua pembangkang di Dewan Rakyat bermain belakang dengan bekas pembantu peribadinya.  Maka dijadikan senjata gerombolan BN semasa pilihanraya kecil bersama olok-olok sekali.  Pula ada pertunjukan jalanan (roadshow) yang membesar-besarkan dakyah permainan buntut ini.

Dan kes Altantunya di mana pembesar BN pula dengan nama sindiran Najis dan Bik Mama menjadi mangsa dengan pelbagai tohmahan yang cukup sensasi.  Benar atau tidak, tiada orang tahu-menahu kecuali mendiang Altantunya yang telah ke alam maut.

Dari segi soal moral dan agama, memang berdosa sekiranya melakukan salahlaku seksual.

Malangnya, keberahian masyarakat malaysia terhadap aksi di dalam kamar tidak sama sambutannya kepada perkara-perkara lain yang tidak kurang sama jijik seperti perihal penipuan, korupsi di mana berjuta-juta malah berbilion-bilion wang rakyat digelapkan untuk kepentingan sendiri.

Di manakah suara rakyat yang lantang menentang kegiatan korupsi yang menular dan berleluasa dan memudaratkan ekonomi negara?

Tanah Malaysia dikurniakan dengan pelbagai kekayaan; tetapi kenapa tanahair ini ketinggalan di belakang negara-negara Asia lain seperti Korea Selatan, mahupun titik merah yang terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia yang dinamakan Singapura?

Tepuk dada, tanyalah selera….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: