Pembukaan Rasmi pejabat Parlimen Kelana Jaya

Gwo-Burne Loh menjemput anda hadir ke majlis pembukaan rasmi pejabat Parlimen Kelana Jaya pada 18hb April 2008 jam 9:30 pagi di alamat 16-3, Jalan PJS 8/2, Mentari Sunway dan juga ke Majlis Makan Malam di Dewan Serbaguna SS15 Subang Jaya pada 18hb April 2008 jam 7.45 malam.  Sila jemput rakan-rakan dan jiran-jiran untuk turut serta bersama

Advertisements

Projek di Desa Mentari ada blog sendiri!

Usaha projek tuisyen di Desa Menteri yang dinaungi ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi sekarang mempunyai blognya yang sendiri.

Sila layari laman web Mentari Project untuk mengikuti perkembangan semasa.

Perihal Babi

Setelah sekian lama saya memilih untuk berdiam untuk memerhati sejauh manakah Pakatan Rakyat dapat bertahan, datanglah isu babi di negeri Selangor.

Ada segelintir orang yang kurang bertanggungjawab mempergunakan isu ini untuk agenda-agenda masing-masing terutamanya mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.

Orang yang mempunyai niat yang baik pun boleh terjatuh dalam perangkap yang sama dengan tidak sengaja. Contohnya penulis Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman yang menerbitkan pendapatnya yang bertajuk, “Babi… Ooooi Babi” yang tersiar di laman Malaysia-Today.

Walaupun beliau menulis secara sopan dan bernas cuma saya kurang senang dengan pendekatan Dr yang telah mengkritik kepercayaan orang lain demi mengetengahkan pandangannya. Saya berpendapat hujah-hujah patut berdiri di atas kebernasan hujah itu sendiri tanpa menggunakan peluang sebegini untuk menundukkan kepercayaan orang lain terutamanya orang Nasrani dalam hal ini.

Saya sebagai seorang yang mengikut akidah Nasrani, ingin bertanya, apakah maksud nas berikut yang telah dipetik dari kitab suci Al-Qu’ran (Surah Ali-Imraan Ayat 50) di mana Nabi Isa (as) telah bersabda:

“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga akau datang kepada kamu dengan membawa satu mu’jizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan ta’atlah kepadaku.”

Kepada siapakah Nabi Isa (as) telah bersabda, tidak lain dan tidak bukan lagi daripada kaum Nasrani? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan menghalalkan sebahagian apa yang telah diharamkan?

Saya memohon maaf kalau kata-kata saya mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak; memang bukan niat saya. Saya mengaku yang buruk itu datangnya daripada saya, yang baik itu daripada Tuhan yang Maha Esa.

Cuma, saya sudah letih dengan “dialog antara agama” yang lebih bersifat seakan-akan kepada sebuah debat “Tuhan/Agama aku lebih baik daripada Tuhan/Agama awak”. Ya, soalan agama mana yang benar itu amat penting tetapi PERLUKAH ianya dibangkitkan dalam suasana sekarang padahal tiada asas mahupun provokasi untuk berbuat demikian?

*Terkini*: Saya lebih selesa dengan pendekatan matang yang diambil oleh sdr. norrazi di sini.