Nurul Izzah Anwar : Wajah Baru – Suara Baru – Calon Generasi Baru

Beliau berpengalaman
Nurul Izzah Anwar aktif dalam forum-forum antarabangsa seperti Global Health Watch sebagai sukarelawati, Women Leaders sebagai ahli jawatan kuasa pemandu dan dia menyumbang kepada projek Imagining Ourselves oleh the International Movement of Women yang bertapak di San Francisco. Beliau berkecimpung rapat dengan proses dan kedinamikan dunia politik tempatan semasa pemenjaraan ayahnya termasuk bertemu dengan ketua-ketua kerajaan luar negara.

Beliau berpendidikan
Beliau menerima Sarjana Sastera dalam Perhubungan Antarabangsa dari SAIS, Universiti John Hopkins Washington DC pada Mei 2007. Beliau mendapat ijazah Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional pada September 2004. Beliau juga menerima pendidikan dari Sekolah Menengah Assunta, PJ; Sekolah Menengah Sri Hartamas, KL; dan Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, KL.

Beliau berwawasan dan berkomited
Beliau berjuang untuk reformasi, perubahan dan mengembalikan kuasa ke tangan Rakyat.

Beliau mempunyai sifat dan nilai realistik
Beliau adalah seorang yang realistik, tidak angkuh dan menghormati orang lain. Beliau juga rendah hati dan selalu bersedia untuk belajar. Beliau amat merasa untuk mangsa-mangsa kemiskinan, diskriminasi dan penganiayaan. Beliau senang didekati, dan mesra untuk dikenal.

Beliau muda, bersemangat dan berfikiran global
Beliau akan menjadi ahli parlimen yang tekun, menghadiri sessi parlimen dan memberikan perhatian kepada keadaan para pengundi di kawasan pilihanrayanya. Beliau akan berusaha sedaya upaya mempromosikan manifesto partinya untuk menjanakan ekonomi yang kukuh untuk semua; “Untuk Malaysia berdiri megah semula di kalangan gergasi-gergasi (ekonomi Asean), kita mestilah setanding dengan persaingan global dan menghapuskan korupsi serta pembaziran.“

Beliau wanita yang berani dan penuh keazaman
Untuk menjadi suara dan bertindak untuk Rakyat serta berpegang teguh dalam pendirian dan nilai-nilai hidupnya. Beliau boleh bertutur dalam tiga bahasa termasuk Mandarin. Beliau pernah berkata, “Saya percaya, Barisan Rakyat lebih layak menjadi Ahli Parlimen kerana kita dapat menentang polisi-polisi yang memudarat dan tidak memanfaatkan rakyat. Saya dapat bersuara tanpa gentar atau pilih kasih. ”

NURUL IZZAH DALAM SUARANYA SENDIRI ….

Mengembalikan kuasa Rakyat
“Pilihanraya perbandaran yang telah dimansuhkan semasa tahun 1970an harus dikembalikan. Ini memberikan datuk-datuk Bandar dan pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Tempatan perasaan tanggungjawab kepada rakyat dan bukan kepada kuasa pemerintah politik yang melantik mereka.”

Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
“Perlu ada kaedah untuk membuat mereka bertanggungjawab (kerana mereka adalah penjaga khazanah negara)”

Saling memahami di antara rakyat berbilang kaum dan agama.
“Kita benar-benar mesti mencari cara-cara yang serius untuk menghadapi isu ini. Kita adalah negara yang pelbagai kaum dan banyak masalah akan timbul sekiranya tidak ditangani dengan betul. Semua ini tidak harus didiamkan sahaja, kerana ini tidak akan mendatangkan hasil. Saya mempunyai rakan-rakan yang ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti tetapi tidak dapat berbuat demikian walaupun mendapat gred yang tinggi.”

“Mengimbas kembali sewaktu saya belajar di Sekolah Assunta, kebanyakan kawan-kawan saya adalah Tionghua dan India dan ini adalah lebih mudah untuk saya kerana kami membesar bersama. Sahabat handai saya ialah seorang Katolik dan saya tidak ragu-ragu mengenai persahabatan kami. Kami selalu mencari minat dan kepercayaan yang sama. ”

JANGAN BERIKAN MANA-MANA KERAJAAN MAJORITI DUA PERTIGA YANG MUDAH DI DALAM PARLIMEN di mana mereka

  • bertindak dengan tiada batas tanpa bertanggungjawab sepenuhnya kepada Rakyat
  • meminda Perlembagaan Persekutuan sesuka hati pada bila-bila masa.
  • berlagak angkuh dan merampas hak-hak dan kedudukan Rakyat
  • menyekat kebebasan berhimpun, kebebasan bersekutu, kebebasan bersuara, dan kebebasan maklumat
  • mengongkong akhbar dan media
  • mencipta monopoli ekonomi sesuka hati

MARI KITA MENGUNDI NURUL IZZAH KE PARLIMEN sebagai suara kaum hawa dan belia serta penduduk Lembah Pantai dan menyatakan dengan jelas kebimbangan kita mengenai

  • hala tuju, sumber-sumber dan masa hadapan negara kita
  • penyalahgunaan kuasa dan sumber-sumber
  • kos sara hidup yang meningkat
  • jenayah dan keselamatan umum
  • kebebasan dan keharmonian nasional
  • hak kebebasan asasi
  • badan kehakiman yang bebas

UNTUK MENJADI MALAYSIA LEBIH KUKUH, LEBIH BERHARMONI, LEBIH SELAMAT, LEBIH ADIL, BERDAYA SAING DAN PROGRESIF

UNDILAH PERUBAHAN – UNDILAH AKAUNTABILITI – UNDILAH DEMI MASA HADAPAN ANAK-ANAK KAMI

UNDILAH NURUL IZZAH

Klik untuk muat turun: Nurul Izzah Anwar : Wajah Baru – Suara Baru – Calon Generasi Baru

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: