Video Wawancara YB Gwo-Burne Loh, MP Kelana Jaya di Malaysiakini

Advertisements

Wawancara YB Loh Gwo-Burne dengan Malaysiakini dan Malaysia Insider

Wawancara YB Loh Gwo-Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya dengan Malaysiakini boleh dibaca menerusi pautan ini. Untuk Malaysia Insider, sila klik di sini.

Sebagai seorang sukarelawan parti semasa kempen YB dahulu, saya amat lega dan bangga kerana beliau telah membuat keputusan akan meneruskan perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini dalam bidang politik. Pengorbanannya untuk melepaskan pegangan-pegangan bisnes dan pendapatan lumayannya di China untuk berkecimpung dalam politik tidak harus dipandang temeh.

Saya pasti ramai yang akan mengingatkan YB sepanjang hayat politiknya untuk mengotakan janji-janjinya antara lain, untuk menguasai bahasa Malaysia 🙂 Bagi saya, kefasihan bahasa memang penting tetapi tetapi yang lebih penting ialah YB perlulah sentiasa rendah hati dan menjaga tingkahlakunya agar tidak terpesong dari pangkal jalan.

Tetapi mari kita meneliti petikan-petikan menarik dari wawancara-wawancara di atas:

Q: I heard you were approached by the DAP as well?
LGB:
The DAP approached us and offered us something. I decided on Keadilan because of the judiciary issue. Also, the DAP is predominantly Chinese while Keadilan is more multiracial, no matter how hard DAP is trying right now to shake off that image. The percentage is 50-50 for Keadilan while DAP’s more like 90-10

Begitulah pandangan dan persepsi orang ramai terhadap DAP termasuk kaum Tionghua seperti Gwo-Burne sendiri. Tetapi mujurlah, DAP telah pun sedar keperluan mencerminkan komposisi masyarakat majmuk dalam paparan keanggotaan dan pucuk pimpinan partinya. Apa kata MCA pula?
Wawancara daripada Malaysiakini pula menyatakan bahawa beliau dan ayahnya tidak “membeli” kerusi ataupun peluang bertanding dalam pilihanraya yang lepas.

Politik wang tidak seharusnya dipraktikkan oleh wakil-wakil barisan rakyat. Pendirian ini konsisten dengan kenyataan DSAI tidak akan membeli mana-mana MP Barisan Nasional untuk menyertai Barisan Rakyat. Tiada tempat untuk politik wang dalam PKR.

Kenyataan KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru

Saudara Faisal Mustaffa yang merangkap jawatan Setiausaha PKR Bahagian Kelana Jaya telah membuat pendedahan mengenai harta dua menteri baru iaitu Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Datuk Mohd Zin bin Mohamed dalam satu temubual dengan akhbar atas talian Malaysiakini baru-baru ini. (Baca artikel penuh di sini. )

Perkara yang menarik perhatian saya ialah apa yang dikatakan di dalam artikel itu mengenai harta yang dimiliki Zin dan/atau isteri-isterinya seperti berikut:

a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi

Persoalannya, bagaimanakah Zin dengan gaji beliau sebagai seorang Menteri dapat mengumpul harta-harta mewah di atas?

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu tahu apakah pendapatan bulanaan seorang Menteri penuh?

Menurut blogger Alalalan, jumlah pendapatan bulanan seorang menteri penuh ialah RM55,650.00 “… yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja….” (penekanan saya) tidak termasuk kemudahan-kemudahan yang lain.

Menurut blogger yang sama, pecahan pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Soalan saya ialah apakah kesahihan nombor-nombor di atas yang dikatakan adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999? Adakah nombor-nombor ini diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai?

Carian saya telah membawa saya ke laman web ini yang menyatakan bahawa dia memetik satu penerbitan di laman web TranungKite di mana sumber ataupun pemberi maklumat mendakwa dirinya seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sekiranya ini kredibel dan boleh dipercayai (pada pendapat saya memang sukar untuk dipastikan identiti dan kredibiliti) maka tidak perlu terfikir panjang lagi jawapan kepada soalan paling awal di atas melainkan …

Rayuan Bantuan Sukarelawan Untuk Projek Tuisyen Desa Mentari

ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi telah menerbitkan satu rayuan agar lebih ramai para sukarelawan lagi menyertai projek tuisyen di Desa Mentari.

Dalam kata-kata beliau (terjemahan dari Bahasa Inggeris):

Projek Tuisyen Sukarela Desa Mentari yang dilancarkan tahun ini masih diteruskan walaupun keghairahan pilihanraya telah berlalu. Sebenarnya, saya sempat melawat projek tersebut sejurus selepas pilihanraya dan pada hampir setiap minggu seterusnya untuk menjenguk perkembangan pelajar-pelajar di sana.

Untuk itu, saya perlu mengucapkan terima kasih kepada koordinator dan para sukarelawan yang sedang berkhidmat dengan sempurna. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang telah menyumbang kepada projek ini. Ketika ini, kita mempunyai kira-kira 30 pelajar dari darjah 4-6 dengan fokus khas kepada matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Akan tetapi kita masih memerlukan lebih ramai sukarelawan lagi untuk memastikan projek ini dapat diteruskan dengan pelan jangka panjang untuk mengembangkan projek tuisyen ini ke seluruh Seri Setia untuk pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Apa yang kita perlukan daripada anda ialah masa anda selama 3 jam setiap hujung minggu. 3 jam itu akan membuat satu perubahan yang besar kepada hidup pelajar-pelajar ini.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai projek ini, sila hantarkan emel kepada saya di alamat niknazmi@niknazmi.com

Ingin membuat perubahan? Sahutlah rayuan ADUN kita!

Sedarlah, wahai Ong Ka Chuan

Kenyataan Ong Ka Chuan yang dilaporkan oleh akhbar the Star berkenaan DAP menipu kaum Tionghua (DAP has duped voters, says Ka Chuan) di negara ini sungguh mengecewakan dan tidak mencerminkan anjakan paradigma yang telah berlaku dan bertapak di kalangan rakyat Malaysia.

Politik bertunjangkan kaum selama 50 tahun yang diperjuang oleh MCA dan parti-parti komponen utama lain dalam Barisan Nasional telah basi dan jelas ditolak oleh rakyat Malaysia. Siapakah yang bermain dengan sentimen perkauman sekarang? Bukan parti-parti Barisan Rakyat tetapi MCA, parti komponen BN sendiri.

Ong Ka Chuan harus sedar bahawa pernyataan berunsur perkauman adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tiada tempat lagi dalam zaman pelbagai budaya di mana penekanan garis perbezaan antara kaum dan agama semakin kabur. Filsafat dan zeitgeist hari ini bertumpu kepada keadilan yang saksama untuk semua dan saya khuatir MCA sudahpun ketinggalan zaman.

Rakyat telah sedar akan kekosongan dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan selama setengah kurun dan kini adalah masanya MCA benar-benar mengubah kendiri agar tidak menjadi tidak relevan dalam masa yang terdekat.

Negara Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia.

Ceramah DAP di Bkt Mertajam pada 7 Mac 2008

Memandangkan bahawa Bilik Gerakan PKR di Jalan Todak, Seberang Jaya tutup dan cubaan menghubungi melalui telefon tidak mendatangkan sebarang hasil, maka saya pun membuat keputusan untuk pergi ke Bilik Gerakan Chong Eng di Bukit Mertajam. Mujurlah pembantu kempen atas taliannya, iaitu Steven dapat dihubungi dan kami bertemu bersama-sama dua orang rakannya untuk sarapan malam. Kempen terakhir DAP cawangan BM telah diadakan pada malam itu dan sementara kita menunggu keputusan rasmi pilihanraya yang ke-12 untuk diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, mari kita berkenalan dengan bakal wakil rakyat di kawasan pilihanraya Bukit Mertajam.

Penceramah tua
Penceramah tua Cikgu Loot Ting Yee , tokoh pendidik Tionghua

Bangunan pejabat DAP Bukit Mertajam
Bangunan pejabat DAP Bukit Mertajam

Para hadirin 1
Sebahagian daripada jumlah 2500 para hadirin yang telah hadir

Para hadirin yang duduk di kedai kopi
Fuyoh! Ramainya

Adun Berapit - Ong Kok Fooi
ADUN Berapit – Ong Kok Fooi

Adun Padang Lalang - Michael Tan Cheong Heng
ADUN Padang Lalang – Michael Tan Cheong Heng

ADUN Sungai Puyu - Phee Boon Poh
ADUN Sungai Puyu – Phee Boon Poh

Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru - Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru – Lim Guan Eng

Gambar berkumpulan
Gambar berkumpulan

ADUN Bkt Mertajam - Chong Eng
ADUN Ahli Parlimen Bukit Mertajam – Chong Eng

Tahniah semua!

Ceramah Keadilan USJ3A pada 6 Mac 2008

Haris Ibrahim dan Ram

Haris Ibrahim bersama Ram, suami kepada calon ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh – Malam ini, Haris Ibrahim akhirnya menyatakan sokongannya terhadap calon Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne

Adik-beradik Loh bersama Irene Fernandez dari Tenaganita

Gordon Loh, Loh Mui Fah (ayah), Gwo-Burne Loh (calon) dan Fynne bersama-sama Irene Fernandez, pengarah Tenaganita

Gwo-Burne Loh Dan Haris Ibrahim

Endorsee and endorser

Pasangan Ram & Hannah Yeoh

Pasangan Ram dan Hannah Yeoh – satu contoh perkahwinan campur dalam masyarakat liberal Malaysia. Mahukah kita bermain politik berunsur perkauman lagi? Katakan, tak nak!

Sukarelawan PKR

Ramai orang telah bertanya kenapakah Parti Keadilan Rakyat kurangnya pembantu pilihanraya berbanding dengan Barisan Nasional. Jawapannya ialah kerana semua yang berjuang di dalam PKR ialah sukarelawan saja. BN mungkin boleh membayar beratus-ratus ringgit seorang untuk menyokong mereka, tetapi semangat kami adalah kuat. Apakah BN itu dari satu sudut, mengamalkan politik wang?

Haris Ibrahim

Haris Ibrahim berceramah.

Nathaniel Tan

Nathaniel Tan yang telah dipenjara selama empat hari oleh kerajaan “Islam Hadhari”

Seorang puteri Keadilan

Puteri Keadilan

Ah Tong yang pandai bercakap dalam bahasa Tamil

Ah Tong, “penghulu” satu kawasan pangsapuri yang sudah jemu dengan janji-janji kosong BN. Sudah beberapa tahun dia merayu supaya pangsapuri dicat tetapi hanya sekarang semasa musim berkempen pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan. Apakah ini satu contoh “menyogok” penghuni-penghuni pangsapuri untuk mengundi BN?

Meng Yee

Tuan pengerusi majlis, Meng Yee

Nurul Nuha

Adik kepada calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar iaitu Nurul Nuha – hujahnya petah dan lancar, orangnya sungguh manis. Boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Berjaya atas usaha gigih sendiri dan direstui Tuhan untuk memenangi biasiswa untuk belajar di luar negara.

Adik-beradik Nurul

Nurul Ilham Anwar, Nurul ? Anwar dan Nurul Nuha Anwar – tiga orang puteri Anwar.

“Anak India pun anak kita, anak Cina pun anak kita dan anak melayu pun anak kita.” – Anwar Ibrahim