Obsesi Masyarakat Malaysia terhadap salahlaku seksual

Sejak skandal Loot Ting Yee tercetus, maka “hits” ke blog ini telah meningkat; ramai yang telah datang melawat hasil pencarian enjin pencari internet.   Kes yang terbongkar 3 hari lalu, masih hangat dicari-cari di laman web.

Adakah terdapat obsesi di kalangan masyarakat malaysia mengenai salahlaku seksual?  Nampaknya ya dan lebih jauh impaknya berbanding dengan perihal akhbar “The Sun” mencuri gambar Loot Ting Yee daripada blog ini.

Perkara yang lebih penting ialah, adakah masyarakat malaysia obsesi mengenai usaha menentang kegiatan korupsi yang menular dan merugikan ekonomi negara?

Teruskan membaca

Penggunaan gambar Loot Ting Yee Tanpa Izin Oleh “The Sun”

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=28688

 

Gambar Loot Ting Yee yang digunakan tanpa pengakuan

Gambar Loot Ting Yee yang digunakan "The Sun" tanpa izin atau notis pengakuan

Walaupun sudah lama saya tidak mengerjakan blog ini, tetapi gambar Loot Ting Yee (yang terlibat dalam skandal seks baru-baru ini) yang tertera di dalam petikan bertajuk “Chinese educationist quits in the face of sexual harassment claims” dalam suratkhabar “The Sun” jelas diambil daripada blog saya ini.  Lihat di sini.

Cuma masalahnya, gambar tersebut telah diambil tanpa izin dan tanda sebarang notis pengakuan.    Wahai Kong See Hoh dan sidang pengarang “The Sun”: Tanya dulu sebelum ambil, boleh tak?

Kalau segan nak tanya penulis blog yang “tiada kredibiliti”, pautan kembali kepada laman web ini pun cukuplah.

Jangan kata sebab tiada polisi penggunaan gambar, maka diambil begitu sahaja.  Penggunaan gambar ada kod etikanya sendiri.  Tanyalah jurugambar akhbar kau sendiri.

Pembukaan Rasmi pejabat Parlimen Kelana Jaya

Gwo-Burne Loh menjemput anda hadir ke majlis pembukaan rasmi pejabat Parlimen Kelana Jaya pada 18hb April 2008 jam 9:30 pagi di alamat 16-3, Jalan PJS 8/2, Mentari Sunway dan juga ke Majlis Makan Malam di Dewan Serbaguna SS15 Subang Jaya pada 18hb April 2008 jam 7.45 malam.  Sila jemput rakan-rakan dan jiran-jiran untuk turut serta bersama

Projek di Desa Mentari ada blog sendiri!

Usaha projek tuisyen di Desa Menteri yang dinaungi ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi sekarang mempunyai blognya yang sendiri.

Sila layari laman web Mentari Project untuk mengikuti perkembangan semasa.

Perihal Babi

Setelah sekian lama saya memilih untuk berdiam untuk memerhati sejauh manakah Pakatan Rakyat dapat bertahan, datanglah isu babi di negeri Selangor.

Ada segelintir orang yang kurang bertanggungjawab mempergunakan isu ini untuk agenda-agenda masing-masing terutamanya mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.

Orang yang mempunyai niat yang baik pun boleh terjatuh dalam perangkap yang sama dengan tidak sengaja. Contohnya penulis Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman yang menerbitkan pendapatnya yang bertajuk, “Babi… Ooooi Babi” yang tersiar di laman Malaysia-Today.

Walaupun beliau menulis secara sopan dan bernas cuma saya kurang senang dengan pendekatan Dr yang telah mengkritik kepercayaan orang lain demi mengetengahkan pandangannya. Saya berpendapat hujah-hujah patut berdiri di atas kebernasan hujah itu sendiri tanpa menggunakan peluang sebegini untuk menundukkan kepercayaan orang lain terutamanya orang Nasrani dalam hal ini.

Saya sebagai seorang yang mengikut akidah Nasrani, ingin bertanya, apakah maksud nas berikut yang telah dipetik dari kitab suci Al-Qu’ran (Surah Ali-Imraan Ayat 50) di mana Nabi Isa (as) telah bersabda:

“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga akau datang kepada kamu dengan membawa satu mu’jizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan ta’atlah kepadaku.”

Kepada siapakah Nabi Isa (as) telah bersabda, tidak lain dan tidak bukan lagi daripada kaum Nasrani? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan menghalalkan sebahagian apa yang telah diharamkan?

Saya memohon maaf kalau kata-kata saya mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak; memang bukan niat saya. Saya mengaku yang buruk itu datangnya daripada saya, yang baik itu daripada Tuhan yang Maha Esa.

Cuma, saya sudah letih dengan “dialog antara agama” yang lebih bersifat seakan-akan kepada sebuah debat “Tuhan/Agama aku lebih baik daripada Tuhan/Agama awak”. Ya, soalan agama mana yang benar itu amat penting tetapi PERLUKAH ianya dibangkitkan dalam suasana sekarang padahal tiada asas mahupun provokasi untuk berbuat demikian?

*Terkini*: Saya lebih selesa dengan pendekatan matang yang diambil oleh sdr. norrazi di sini.

Video Wawancara YB Gwo-Burne Loh, MP Kelana Jaya di Malaysiakini

Wawancara YB Loh Gwo-Burne dengan Malaysiakini dan Malaysia Insider

Wawancara YB Loh Gwo-Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya dengan Malaysiakini boleh dibaca menerusi pautan ini. Untuk Malaysia Insider, sila klik di sini.

Sebagai seorang sukarelawan parti semasa kempen YB dahulu, saya amat lega dan bangga kerana beliau telah membuat keputusan akan meneruskan perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini dalam bidang politik. Pengorbanannya untuk melepaskan pegangan-pegangan bisnes dan pendapatan lumayannya di China untuk berkecimpung dalam politik tidak harus dipandang temeh.

Saya pasti ramai yang akan mengingatkan YB sepanjang hayat politiknya untuk mengotakan janji-janjinya antara lain, untuk menguasai bahasa Malaysia🙂 Bagi saya, kefasihan bahasa memang penting tetapi tetapi yang lebih penting ialah YB perlulah sentiasa rendah hati dan menjaga tingkahlakunya agar tidak terpesong dari pangkal jalan.

Tetapi mari kita meneliti petikan-petikan menarik dari wawancara-wawancara di atas:

Q: I heard you were approached by the DAP as well?
LGB:
The DAP approached us and offered us something. I decided on Keadilan because of the judiciary issue. Also, the DAP is predominantly Chinese while Keadilan is more multiracial, no matter how hard DAP is trying right now to shake off that image. The percentage is 50-50 for Keadilan while DAP’s more like 90-10

Begitulah pandangan dan persepsi orang ramai terhadap DAP termasuk kaum Tionghua seperti Gwo-Burne sendiri. Tetapi mujurlah, DAP telah pun sedar keperluan mencerminkan komposisi masyarakat majmuk dalam paparan keanggotaan dan pucuk pimpinan partinya. Apa kata MCA pula?
Wawancara daripada Malaysiakini pula menyatakan bahawa beliau dan ayahnya tidak “membeli” kerusi ataupun peluang bertanding dalam pilihanraya yang lepas.

Politik wang tidak seharusnya dipraktikkan oleh wakil-wakil barisan rakyat. Pendirian ini konsisten dengan kenyataan DSAI tidak akan membeli mana-mana MP Barisan Nasional untuk menyertai Barisan Rakyat. Tiada tempat untuk politik wang dalam PKR.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.