Ceramah DAP di Bkt Mertajam pada 7 Mac 2008

Memandangkan bahawa Bilik Gerakan PKR di Jalan Todak, Seberang Jaya tutup dan cubaan menghubungi melalui telefon tidak mendatangkan sebarang hasil, maka saya pun membuat keputusan untuk pergi ke Bilik Gerakan Chong Eng di Bukit Mertajam. Mujurlah pembantu kempen atas taliannya, iaitu Steven dapat dihubungi dan kami bertemu bersama-sama dua orang rakannya untuk sarapan malam. [...]

Ceramah Keadilan USJ3A pada 6 Mac 2008

Haris Ibrahim bersama Ram, suami kepada calon ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh - Malam ini, Haris Ibrahim akhirnya menyatakan sokongannya terhadap calon Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne

Gordon Loh, Loh Mui Fah (ayah), Gwo-Burne Loh (calon) dan Fynne bersama-sama Irene Fernandez, pengarah Tenaganita

Endorsee and endorser

Pasangan Ram dan Hannah Yeoh - satu contoh perkahwinan campur dalam masyarakat liberal [...]

Ceramah DAP / Keadilan Di USJ 12 Pada 3 Mac 2008

Seramai 10,000 orang telah menghadiri ceramah ini di USJ12 pada 3 March 2008. Nampaknya, Barisan Rakyat akan menang besar di kawasan DUN Subang Jaya! Meskipun hujan turun dengan lebat dan tanah pun basah, namun golongan rakyat yang telah berkumpul tidak beranjak pun demi menyokong manifesto dan perjuangan Barisan Rakyat.

Edward Ling - Pengurus Kempen calon ADUN [...]

Nurul Izzah, Gwo-Burne Loh dan Hannah Yeoh (1 Mac 08) USJ 18 & SS19

Malam tadi ialah kali pertama saya menghadiri satu ceramah politik. Ceramah pertama berlangsung di padang permainan USJ18 manakala ceramah kedua berlangsung di Bilik Gerakan PKR di SS19.Peluang keemasan untuk bertemu dan mendengar kata-kata calon-calon parti-parti Barisan Alternatif iaitu PKR dan DAP tidak dilepaskan. Namun, mereka bukan sembarangan calon. Malah, mereka semua muda [...]