http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=28688

Gambar Loot Ting Yee yang digunakan "The Sun" tanpa izin atau notis pengakuan
Walaupun sudah lama saya tidak mengerjakan blog ini, tetapi gambar Loot Ting Yee (yang terlibat dalam skandal seks baru-baru ini) yang tertera di dalam petikan bertajuk “Chinese educationist quits in the face of sexual harassment claims” dalam suratkhabar “The Sun” jelas diambil daripada blog saya ini. Lihat di sini.
Cuma masalahnya, gambar tersebut telah diambil tanpa izin dan tanda sebarang notis pengakuan. Wahai Kong See Hoh dan sidang pengarang “The Sun”: Tanya dulu sebelum ambil, boleh tak?
Kalau segan nak tanya penulis blog yang “tiada kredibiliti”, pautan kembali kepada laman web ini pun cukuplah.
Jangan kata sebab tiada polisi penggunaan gambar, maka diambil begitu sahaja. Penggunaan gambar ada kod etikanya sendiri. Tanyalah jurugambar akhbar kau sendiri.
Difailkan dalam: Ketelusan | Tagged: Loot Ting Yee, The Sun
tak ada etika langsung dia org ni…!
[...] terhadap salahlaku seksual Dikirim pada Disember 25, 2008 oleh akalminda Sejak skandal Loot Ting Yee tercetus, maka “hits” ke blog ini telah meningkat; ramai yang telah datang melawat [...]