Memandangkan bahawa Bilik Gerakan PKR di Jalan Todak, Seberang Jaya tutup dan cubaan menghubungi melalui telefon tidak mendatangkan sebarang hasil, maka saya pun membuat keputusan untuk pergi ke Bilik Gerakan Chong Eng di Bukit Mertajam. Mujurlah pembantu kempen atas taliannya, iaitu Steven dapat dihubungi dan kami bertemu bersama-sama dua orang rakannya untuk sarapan malam. Kempen terakhir DAP cawangan BM telah diadakan pada malam itu dan sementara kita menunggu keputusan rasmi pilihanraya yang ke-12 untuk diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, mari kita berkenalan dengan bakal wakil rakyat di kawasan pilihanraya Bukit Mertajam.

Penceramah tua Cikgu Loot Ting Yee , tokoh pendidik Tionghua

Bangunan pejabat DAP Bukit Mertajam

Sebahagian daripada jumlah 2500 para hadirin yang telah hadir

Fuyoh! Ramainya

ADUN Berapit – Ong Kok Fooi

ADUN Padang Lalang – Michael Tan Cheong Heng

ADUN Sungai Puyu – Phee Boon Poh

Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru – Lim Guan Eng

Gambar berkumpulan

ADUN Ahli Parlimen Bukit Mertajam – Chong Eng
Tahniah semua!
[...] Walaupun sudah lama saya tidak mengerjakan blog ini, tetapi gambar Loot Ting Yee (yang terlibat dalam skandal seks baru-baru ini) yang tertera di dalam petikan bertajuk “Chinese educationist quits in the face of sexual harassment claims” yang dikarang oleh Kong See Hoh dari suratkhabar “The Sun” jelas diambil daripada blog saya ini. Lihat di sini. [...]